ADO DR NORMAN PROTOKOL

ADO DR NORMAN PROTOKOL

PROTOKOL ADO, Anti Diabetes & Obesity.

Assalamualaikum & salam sejahtera 

Kepada yang baru mengenali Doktor Norman serta perkongsian ilmu yang dibawakan oleh beliau dalam Kempen ADO, sila baca maklumat dibawah ini.

In Sya Allah dengan ilmu yang betul serta amalan pemakanan sihat yang boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan, kita boleh menjauhkan pelbagai penyakit tidak berjangkit atau NCD.

Apa itu yg kita namakan ADO DR NORMAN PROTOKOL?

----------------------------------

Tujuan utama adalah membantu peserta program dan yang berminat mencapai berat badan ideal dan sihat serta membantu mengawal penyakit diabetes serta mengelakkan komplikasi.. insyaallah  

Ianya merupakan kaedah PEMAKANAN / DIET RENDAH KARBOHIDRAT+ TINGGI LEMAK SIHAT (LCHF) plus PUASA BERKALA (Intermittent Fasting: IF) yg dijalankan secara selari.

Anda juga di galakkan bersenam dan mengawal stres dengan baik..  

KAEDAH DR NORMAN ADO :

👉Pemakanan Rendah Karbo  +  Lemak Sihat (LCHF)

👉Protin Sihat

👉Suplemen yang perlu

👉Berpuasa Berkala (IF)  

👉Bersenam

👉Kawal Stres

👉Tidur yang cukup

Tujuan utama 'DR NORMAN ADO' protokol ini adalah supaya sistem tubuh kita tidak lagi bergantung kepada GULA &  'karbohidrat proses' seperti kebiasaaannya, sebaliknya bertukar kepada pengambilan KARBOHIDRAT SIHAT & LEMAK SIHAT  dan PROTIN SIHAT sebagai  makanan .  

Tubuh anda akan menjadi lebih sihat..  

Ia memerlukan sedikit tempoh penyesuaian dan perlu mengubah persepsi serta kaedah pemakanan dan membolehkan anda menikmati makan secara normal tanpa perlu berpantang makan cara yang salah

BAGAIMANA NAK AMALKAN PEMAKANAN RENDAH KARBO + TINGGI LEMAK SIHAT (LCHF)?

----------------------------------------

Diet atau Pemakanan LCHF yg saya cadangkan adalah berbentuk makanan semulajadi yg tidak/kurang diproses.  

Biasakan diri dengan kaedah makan 'MODEL PINGGAN SIHAT DR NORMAN' :

10% pinggan NASI,  

40% pinggan Lauk &  

50% pinggan sayur/ulam/buah2an pelbagai jenis.

Tambah dengan pengambilan sambal belacan /budu/cencalok/tempoyak.

Anda boleh bertukar ke diet keto jika perlu..

Kami tidak menekankan kaedah diet Ketogenic. Dapatkan nasihat dari doktor jika anda perlukan penerangan lanjut.

Amalan kami ini terdiri dari diet rendah karbohidrat (5-10%), sederhana protein (20-30%) dan lemak sihat (70-75%).

Anda akan di cadangkan beberapa suplemen yang perlu untuk membantu anda mencapai target anda seperti:  

👉Vitamin C 1000mg 2 kali sehari  

👉Multivitamins 2 kali sehari  

👉Omega 3 (2 cap) 2 kali sehari  

👉Magnesium Glycinate 500mg 2 kali sehari / Mineralife 5 drops 2 kali sehari  

👉Curcumin 500mg 2 kali sehari  

👉Vitamin E Tocotrienol 50mg 2x sehari  

👉Vitamin D3 + K2 - 1 kali sehari  

👉Chromium Picolinate - 1 kali sehari  

👉Probiotik  

.

PALING PENTING adalah untuk berhenti dari mengambil sebarang GULA dan bertukar kepada Stevia.

BAGAIMANA NAK IF?

-----------------------------

Ada banyak cara untuk IF.

Untuk permulaan boleh mulakan dengan IF 12:12.

Selepas itu barulah upgrade kepada IF 16:8.

Yang kami sarankan dan lebih efektif untuk mencapai ketosis adalah IF 16: 8.

.

IF 16:8

-----------

Juga dipanggil 'time restricted feeding'.

Maksudnya makan dalam tempoh yang terhad, sekitar 8 jam dan selebihnya, 16 jam berpuasa.

Contoh: anda mengambil dinner pada malam ini pada jam 8.00 mlm.  

Esoknya anda skip breakfast & mengambil lunch pada jam 12.00 tengahari.  

Jadi anda sudah IF 16 jam. Anda cuma makan dari jam 12.00 tengahari - 8.00 mlm sahaja.

.

Sepanjang tempoh IF, boleh minum:

👉air kosong,  

👉air limau,  

👉air cuka epal  

👉SF TEA/teh O stevia

👉kopi O stevia (tanpa gula)

👉air kelapa (+ stevia)

(boleh campur sedikit titisan pemanis  stevia untuk semua minuman jika mahu manis)

Boleh mula secara perlahan² dahulu. Contoh buat 12:12 dahulu dan tambahkan durasi IF secara beransur² sehingga dapat 16 jam.  

Misalnya last makan malam jam 8.00 mlm dan esoknya anda mengambil breakfast jam 8.00 pagi.  

Selepas dlm 1 minggu, lewatkan breakfast ke pukul 9.00 pagi dan seterusnya

Take Home Message

---------------------------------

ADO DR NORMAN protokol adalah kaedah menukar gaya hidup (lifestyle) pemakanan anda.  

Ianya mudah, praktikal & efektif. Hampir boleh dibuat oleh sesiapa sahaja & semudah ABC.

Yang paling penting, Kena Berdisiplin dan Istiqomah.